BANYAK ORANG LAST MINUTE TUKAR PEGUAM - Peguam Jenayah Melaka
Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang peguambela, setahu saya memang ada sebahagian peguam-peguam di luar sana yang menawarkan perkhidmatan guaman yang berkos sangat rendah. Dari pendapat saya, saya ingat kalau peguam buka harga rendah, mesti banyak anak-anakguam pilih dia. Saya agak terkejut, sebab harga sangat rendah memang betul, tetapi tiba-tiba anak-anakguam peguam-peguam yang berkos rendah ini lompat ke saya, saya pun tertanya kenapa lompat ? Kebanyakan jawapan mereka adalah bahawa :- 1. Peguam asal tak buat kerja betul 2. Peguam asal asyik mengambil tarikh Mahkamah tanpa alasan munasabah 3. Sekali jumpa peguam asal, cakap lain, bila jumpa masa lain, bincang taktik lain, asyik tukar strategi 4. Bayar peguam untuk tidak mengaku salah, tapi peguam yang sama paksa untuk mengaku selepas beberapa tarikh Kepada peguam peguam yang saya beri contoh tadi, memang berfikiran "sales driven" sahaja, mereka hanya peduli untuk menyelesaikan kes dalam kaedah yang p...