BANYAK ORANG LAST MINUTE TUKAR PEGUAM - Peguam Jenayah Melaka

 


Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang peguambela, setahu saya memang ada sebahagian peguam-peguam di luar sana yang menawarkan perkhidmatan guaman yang berkos sangat rendah. Dari pendapat saya, saya ingat kalau peguam buka harga rendah, mesti banyak anak-anakguam pilih dia. 

Saya agak terkejut, sebab harga sangat rendah memang betul, tetapi tiba-tiba anak-anakguam peguam-peguam yang berkos rendah ini lompat ke saya, saya pun tertanya kenapa lompat ? Kebanyakan jawapan mereka adalah bahawa :- 

1. Peguam asal tak buat kerja betul 

2. Peguam asal asyik mengambil tarikh Mahkamah tanpa alasan munasabah 

3. Sekali jumpa peguam asal, cakap lain, bila jumpa masa lain, bincang taktik lain, asyik tukar strategi

4. Bayar peguam untuk tidak mengaku salah, tapi peguam yang sama paksa untuk mengaku selepas beberapa tarikh


Kepada peguam peguam yang saya beri contoh tadi, memang berfikiran "sales driven" sahaja, mereka hanya peduli untuk menyelesaikan kes dalam kaedah yang paling senang dan cepat, oleh itu mereka tidak membuka harga yang tinggi. Meskipun begitu, malang memang tidak berbau, jikalau sesuatu kes tidak menuju kepada hala tuju yang dihasratkan mereka, minat mereka untuk mengendalikan kes itu akan semakin hari semakin menjadi pudar.. 

Bukan murah semestinya akan berjalan lancar, itu memang pengajaran buat bagi ramai orang di luar sana.. tapi ye la kalau anakguam itu kawan lama dah berkenalan 20 tahun duduk di kampung sama, memang saya sendiri pun akan buka harga rendah la...

Apa gunanya bayar sorang peguam RM 3000 sahaja untuk selesaikan kes, tapi kes terbelangkalai macam itu je... 

Pada hemat saya, memang betul peguam TIDAK SEPATUTNYA membuka harga mahal-mahal, DAN JUGA murah-murah tetapi haruslah BERMUNASABAH dengan jenis-jenis perkhidmatan yang tawarkan. 

Sesuatu perhubungan di antara Peguambela dan seseorang Anakguam adalah amat bermakna, kerja bukan disiapkan dalam seminggu dua macam pasang kontraktor membaiki bumbung yang bocor.. malah akan memakan masa dan perjalanan yang jauh dan bererti. Bila seseorang anakguam dah menangkan kes, peguam yang sama juga yang akan menumpang rasa kebanggaan juga. Oleh hal itu, KEBAJIKAN bagi kedua-dua pihak iaitu peguam dan juga anakguamnya haruslah dipertimbangkan sebagai suatu faktor yang penting. 

KEPADA ANAK-ANAK GUAM YANG LOMPAT peguam ke peguam, haruslah diingatkan bahawa seseorang peguam yang baru ambil alih memang akan memakan masa yang lebih banyak sedikit untuk menelan kes yang baru disambut itu. Harap maklum, bukanya nak mainkan masa nak tarikkan panjang cerita, tetapi memang terpaksa bagi peguam baru yang ambil alih untuk :-

1. Membuat analisis perihal kes tersebut 

2. Teropong apa yang telah dibuat oleh peguam yang lama 

3. Jikalau terdapat kesilapan / keikhlafan daripada peguam yang lama, macam mana nak baikikan ? 


Harap ini dimanfaatkan... - Peguam Jenayah Melaka

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Surat Representasi / Surat Rep / Buat Rep ? - Peguam Jenayah Melaka

Mengaku Salah Sebab Terasa Terlalu Takut Nak Mengaku Tidak Bersalah ??? - Peguam Jenayah Melaka

RESEPI UNTUK MENANG KES - PEGUAM JENAYAH MELAKA