Apa itu Surat Representasi ?

 


Fakta ataupun Auta ? "Jika kau tak mengaku salah, kau kena jalan bicara berbulan-bulan"... 
Ini adalah salah satu auta dan salah faham terhadap kes seseorang jika dia tidak mengaku salah.

Sesuatu Kes Jenayah boleh tamat melalui dua(2) cara, iaitu melalui perbicaraan penuh dan juga melalui perguguran kes oleh pendakwaraya. 

Kes jenayah boleh digugurkan oleh Pihak Pendakwaraya memandangkan ia adalah satu hak kuasanya dan budibicaranya. Sebelum Pihak Pendakwaraya boleh berbuat demikian dan mempertimbangkan perihal kes adalah apabila peguambela bagi OKT menulis Surat Representasi (Ataupun dikenali sebagai Surat Rep) kepada pejabat pendakwaraya tersebut. 

Kebiasaanya, Peguambela akan meneliti segala kandungan dokumen-dokumen kes yang telah diserahkan oleh pejabat pendakwaraya. Harus diingatkan bahawa, dokumen-dokumen yang disebut tadi adalah dokumen-dokumen yang akan disandarkan oleh Pendakwa Raya untuk membuktikan kes mereka. 

Kendatipun begitu, pelbagai kelemahan kes bagi pendakwaraya juga boleh ditimbul daripada dokumen-dokumen tersebut dicungkil dan digunakan sebagai kekuatan kes seseorang peguambela pada masa yang sama, contohnya percanggahan seseorang pengadu dari satu dokumen ke atas dokumen yang lain, ketidakpatuhan tatacara, dan sebagainya. 

Kelemahan-kelemahan tersebut bagi pihak pendakwaraya akan disenaraikan di dalam Surat Rep oleh Pihak Peguambela kepada pihak pendakwaraya di mana secara ringkasnya, pihak peguambela akan mengalu-ngalukan pihak pendakwaraya untuk "mengugurkan kes" atas sebab tiada keperluan untuk membazirkan masa kesemua pihak jikalau bicara diteruskan.  

***
Sesuatu surat rep juga secara alternatifnya mampu "downgrade"kan seksyen yang dituduhkan kepada OKT contohnya Seksyen 135 Akta Kastam kepada Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil. 

Comments

Popular posts from this blog

Mengaku Salah Sebab Terasa Terlalu Takut Nak Mengaku Tidak Bersalah ???