Posts

Showing posts from April, 2026

BANYAK ORANG LAST MINUTE TUKAR PEGUAM - Peguam Jenayah Melaka

Image
  Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang peguambela, setahu saya memang ada sebahagian peguam-peguam di luar sana yang menawarkan perkhidmatan guaman yang berkos sangat rendah. Dari pendapat saya, saya ingat kalau peguam buka harga rendah, mesti banyak anak-anakguam pilih dia.  Saya agak terkejut, sebab harga sangat rendah memang betul, tetapi tiba-tiba anak-anakguam peguam-peguam yang berkos rendah ini lompat ke saya, saya pun tertanya kenapa lompat ? Kebanyakan jawapan mereka adalah bahawa :-  1. Peguam asal tak buat kerja betul  2. Peguam asal asyik mengambil tarikh Mahkamah tanpa alasan munasabah  3. Sekali jumpa peguam asal, cakap lain, bila jumpa masa lain, bincang taktik lain, asyik tukar strategi 4. Bayar peguam untuk tidak mengaku salah, tapi peguam yang sama paksa untuk mengaku selepas beberapa tarikh Kepada peguam peguam yang saya beri contoh tadi, memang berfikiran "sales driven" sahaja, mereka hanya peduli untuk menyelesaikan kes dalam kaedah yang p...

APA PERBEZAAN PROSES SURAT REP DAN PROSES BICARA ?? - Peguam Jenayah Melaka

Image
  Secara ringkasnya, sesuatu kes jenauah boleh diselesaikan dengan dua cara, pertama adalah melalui surat representasi (surat rep) ataupun melalui proses bicara.  Proses surat rep melibatkan peguam untuk mengemukakan satu surat kepada pihak pendakwaan memohon agar kes tersebut untuk digugurkan. Sesuatu kes boleh digugurkan secara :-  1. Sepenuhnya (tiada denda, tiada hukuman penjara, duit jamin dipulangkan sepenuhnya, balik rumah) 2. Sepenuhnya tetapi terikat dengan siasatan lanjut pihak polis  3. Jatuh Seksyen (contohnya Seksyen 424C Kanun Keseksaan jatuh ke Seksyen 424, Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan jatuh ke Seksyen 43 dan sebagainya)  4.** Secara alternatifnya, permohonan perihal dengan jenis hukuman boleh juga dibuat melalui surat representasi (contohnya kami boleh mengaku, tapi nak bayar denda tak cecah RM XXXX)  Proses surat representasi adalah lebih mudah dan cepat untuk menyelesaikan sesuatu kes. Haruslah diingatkan bahawa proses ini akan memak...

JENAYAH JALANAN - LANGGAR MATI / MAT REMPIT / MEMANDU BERBAHAYA - PEGUAM JENAYAH MELAKA

Image
  Kes Jenayah Jalanan ataupun Jenayah Trafik adalah bersifat lebih serius berbanding kepada kes-kes saman trafik yang bayar saman kat kaunter pastu balik rumah. Kes jenayah jalanan akan seret korang ke mahkamah dan proses undang-undang jenayah akan digunapakai.  Dari pandangan saya, kes-kes macam ini membawa bentuk hukaman yang agak berat contohnya denda yang jauh tinggi berbanding dengan kes narkotik dan pergantungan lesen memandu/menunggang motosikal. Pendapat saya adalah agak simple, pergantungan lesen adalah sama dengan hukuman penjara, cuma penjara korang kena duduk dalam, sebab kalau dah gantung lesen, sumber rezeki sudah pasti akan tergugat dan terkacau ganggu. Ada anak-anak guam saya yang kerja grab, kerja bawa lori treler, memang sampai sehingga kes akhir, dan/atau jatuh hukum, memang tersidai lah lesen tu... 3 tahun tak payah cari makan, ikat tali pinggang makan asap je.. Bagi proses tidak mengaku salah, sama sahaja dengan proses kes-kes jenayah yang lain contohnya n...

KES KELDAI AKAUN - PROSES MAHKAMAH - SEKSYEN 424 - SEKSYEN 424C - PEGUAM JENAYAH MELAKA

Image
  Kebanyakan anak-anak guam saya pernah beritahu saya semasa mereka ditangkap oleh polis komersial, mereka memberitahu bahawa mereka tak terlibat langsung, mereka tidak tahu (setahu mereka) bahawa mereka tak buat sebarang kesalahan, kenapa polis tangkap saya ?  Maklum balas saya adalah agak simple dan jelas, ada tak -  1. SESIAPA PUN, PIHAK KETIGA yang ada akses kepada akaun perbankan / kad debit korang ?  2. Diaorang (Pihak Ketiga) mendapatkan akaun korang, sebab korang pernah berhubung dengan mereka contohnya meminjam wang secara talian dengan mereka (pastu mereka minta akaun), mendapatkan tawaran pekerjaan daripada mereka dan mereka minta akaun untuk checking, mendapatkan slot pelaburan (mereka minta akaun untuk checking) dan sebagainya ?  JIKA JAWAPAN ADALAH YA - maksudnya pihak ketiga itu telah menyalahgunakan akaun korang.  ANAK-ANAK GUAM SAYA akan BALAS dengan SAYA - BETUL LA TU, ORANG JAHAT YANG GUNA AKAUN SAYA SCAM ORANG MERATA TEMPAT KENAPA POLIS ...