APA PERBEZAAN PROSES SURAT REP DAN PROSES BICARA ?? - Peguam Jenayah Melaka

 

Secara ringkasnya, sesuatu kes jenauah boleh diselesaikan dengan dua cara, pertama adalah melalui surat representasi (surat rep) ataupun melalui proses bicara. 


Proses surat rep melibatkan peguam untuk mengemukakan satu surat kepada pihak pendakwaan memohon agar kes tersebut untuk digugurkan. Sesuatu kes boleh digugurkan secara :- 

1. Sepenuhnya (tiada denda, tiada hukuman penjara, duit jamin dipulangkan sepenuhnya, balik rumah)

2. Sepenuhnya tetapi terikat dengan siasatan lanjut pihak polis 

3. Jatuh Seksyen (contohnya Seksyen 424C Kanun Keseksaan jatuh ke Seksyen 424, Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan jatuh ke Seksyen 43 dan sebagainya) 

4.** Secara alternatifnya, permohonan perihal dengan jenis hukuman boleh juga dibuat melalui surat representasi (contohnya kami boleh mengaku, tapi nak bayar denda tak cecah RM XXXX) 

Proses surat representasi adalah lebih mudah dan cepat untuk menyelesaikan sesuatu kes. Haruslah diingatkan bahawa proses ini akan memakan masa 2 sehingga 4 bulan. 

SIFAT bagi Surat representasi adalah lebih kepada kami MERAYU / MEMOHON pihak pendakwaraya untuk tidak mengigitkan kes kami sehingga bicara. Dalam erti lain, SETTLE TEPI / IKAT TEPI kes ini.

Kandungan dalam surat rep ini adalah lebih kepada fakta kes dan penggunaan prinsip undang-undang di mana peguam akan menyenaraikan cabaran-cabaran yang akan terletak di beban pendakwaan jika kes diteruskan kepada proses bicara. Dalam kata lain (boleh dikatakan memujuk) pihak pendakwaraya...

Satu masalah bagi proses surat representasi ini adalah bahawa tadi kami ada bentangkan bahawa Surat rep ini adalah bersifat MEMOHON / MERAYU.. oleh hal yang demikian, boleh diperkatakan kami adalah di kedudukan yang lebih rendah daripada pihak pendakwaan. Budibicara adalah terletak di tangan pihak pendakwa untuk mempertimbangkan sama-ada kes boleh digugurkan ataupun tidak. 

OLEH ITU, bukan SEMUA BARANG / SEMUA FAKTA perihal kes boleh dimasukkkan dalam kandungan surat rep. Contohnya, jika kami senaraikan SEMUA cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh pihak pendakwaan jika kes diteruskan (sebab kita kan memujuk dia untuk gugurkan kes kami), dan JIKALAU DIA MENOLAK PERMOHONAN KITA, MAKSUD DIA BICARA AKAN DITERUSKAN DAN DIA DAH TAHU TAKTIK TAKTIK KITA (sebab kita senaraikan) sebelum kita BUKA SILAT DI MAHKAMAH BAGI BICARA. 


Kedua, bagi proses perbicaraan, perbicaraaan adalah bersifat lebih kepada MELAWAN KES, di mana pihak peguam akan tanya beratus-ratus soalan kepada saksi-saksi pendakwaan (polis, mangsa dan sebagainya) untuk menyatakan bahawa cerita pendakwaan yang kata kita salah adalah tidak TEPAT dan mempunyai banyak KERAGUAN DAN/ATAU PERSOALAN. 

Contohnya - Tanya polis di mana barang salah dijumpai, polis kata jumpa di dalam rumah, tanya lagi sama-ada rumah tersebut anakguam yang duduk berseorangan, dia kata ya... TAPI gambar yang diambil oleh polis menunjukkan terdapat dua buah kereta di depan garaj rumah.. - maksud dia macam mana kau boleh kata kita duduk sorang-sorang lagi-lagi apabila ada dua bijik kereta kat depan rumah, maksudnya ada seorang yang terlolos ? kemungkinan seseorang yang benar-benar memiliki dadah itu ? 

Seperti dikatakan tadi, proses perbicaraan melibatkan pihak peguam untuk tanya soalan kepada pihak saksi-saksi pendakwaan. Oleh hal itu, memang akan makan masa yang lebih panjang. 

Sifat dia adalah lebih kepada MELAWAN KES ITU dan kedudukan pihak pendakwa dan pihak kami adalah sama rata di mana pihak Hakim akan dengar dua-dua belah.. 

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Surat Representasi / Surat Rep / Buat Rep ? - Peguam Jenayah Melaka

Mengaku Salah Sebab Terasa Terlalu Takut Nak Mengaku Tidak Bersalah ??? - Peguam Jenayah Melaka

RESEPI UNTUK MENANG KES - PEGUAM JENAYAH MELAKA