KES KELDAI AKAUN - PROSES MAHKAMAH - SEKSYEN 424 - SEKSYEN 424C - PEGUAM JENAYAH MELAKA

 


Kebanyakan anak-anak guam saya pernah beritahu saya semasa mereka ditangkap oleh polis komersial, mereka memberitahu bahawa mereka tak terlibat langsung, mereka tidak tahu (setahu mereka) bahawa mereka tak buat sebarang kesalahan, kenapa polis tangkap saya ? 

Maklum balas saya adalah agak simple dan jelas, ada tak - 

1. SESIAPA PUN, PIHAK KETIGA yang ada akses kepada akaun perbankan / kad debit korang ? 

2. Diaorang (Pihak Ketiga) mendapatkan akaun korang, sebab korang pernah berhubung dengan mereka contohnya meminjam wang secara talian dengan mereka (pastu mereka minta akaun), mendapatkan tawaran pekerjaan daripada mereka dan mereka minta akaun untuk checking, mendapatkan slot pelaburan (mereka minta akaun untuk checking) dan sebagainya ? 


JIKA JAWAPAN ADALAH YA - maksudnya pihak ketiga itu telah menyalahgunakan akaun korang. 

ANAK-ANAK GUAM SAYA akan BALAS dengan SAYA - BETUL LA TU, ORANG JAHAT YANG GUNA AKAUN SAYA SCAM ORANG MERATA TEMPAT KENAPA POLIS TAK TANGKAP, KENAPA POLIS TANGKAP SAYA ???


JAWAPANYA ADALAH - 

1. Perjenayah Sebenar (Pihak Ketiga Itu) terlolos, SEBAB KENAPA, sebab diaorang pandai dan licik, itulah sebab diaorang scam satu dunia tak guna akaun peribadi mereka, mereka menggunakan akaun korang sebagai FILTER, sebagai satu langkah untuk menyebabkan polis susah untuk menjejaki diaorang.. 

2. Sama je macam kes accident, contoh kalau korang pinjam kereta kepada jiranlah katanya, dan dia accident teruk, dia yang salah keluar simpang tak tengok kiri kanan, menyebabkan seseorang lain cedera parah, mangsa tu yang akan saman kau (melalui insurans) juga, tak ertinya kaki korang tak sangkut. SEBABNYA APA ? - nama dan butir-butir dalam pendaftaran JPJ atas nama siapa ? Sama je dalam kes komersial, akaun bank atas nama siapa ? 


MACAM MANA NAK CLEARKAN NAMA SAYA ? AKAUN SAYA ? - Melalui proses Mahkamah sahaja... macam mana puas pun memujuk polis tak tangkap pun, kat last pun kena reman, kena tuduh di mahkamah, maksudnya cuma proses Mahkamah sahaja boleh selamatkan korang


- Peguam Jenayah Melaka


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Surat Representasi / Surat Rep / Buat Rep ? - Peguam Jenayah Melaka

Mengaku Salah Sebab Terasa Terlalu Takut Nak Mengaku Tidak Bersalah ??? - Peguam Jenayah Melaka

RESEPI UNTUK MENANG KES - PEGUAM JENAYAH MELAKA