JENAYAH JALANAN - LANGGAR MATI / MAT REMPIT / MEMANDU BERBAHAYA - PEGUAM JENAYAH MELAKA
Kes Jenayah Jalanan ataupun Jenayah Trafik adalah bersifat lebih serius berbanding kepada kes-kes saman trafik yang bayar saman kat kaunter pastu balik rumah. Kes jenayah jalanan akan seret korang ke mahkamah dan proses undang-undang jenayah akan digunapakai.
Dari pandangan saya, kes-kes macam ini membawa bentuk hukaman yang agak berat contohnya denda yang jauh tinggi berbanding dengan kes narkotik dan pergantungan lesen memandu/menunggang motosikal. Pendapat saya adalah agak simple, pergantungan lesen adalah sama dengan hukuman penjara, cuma penjara korang kena duduk dalam, sebab kalau dah gantung lesen, sumber rezeki sudah pasti akan tergugat dan terkacau ganggu. Ada anak-anak guam saya yang kerja grab, kerja bawa lori treler, memang sampai sehingga kes akhir, dan/atau jatuh hukum, memang tersidai lah lesen tu... 3 tahun tak payah cari makan, ikat tali pinggang makan asap je..
Bagi proses tidak mengaku salah, sama sahaja dengan proses kes-kes jenayah yang lain contohnya narkotik (dadah), komersial dan jenayah konventional (pukul orang / curi motor dan lain-lain).
Perbicaraan akan dilangsungkan dan kesemua saksi-saksi pendakwaan / polis akan hadir untuk membuktikan bahawa kamu CUAI / MEMANDU BERBAHAYA dan sebagainya.
Kerja peguam adalah senang, apa yang perlu kami bangkitkan isu-isu sepertimana contoh untuk menangkan kes :-
1. Mangsa bawa laju
2. Mangsa berada di blind-spot sebelum kemalangan
3. Keadaan cuaca / lalu-lintas yang sedikit sebanyak menyebabkan kemalangan
4. Sebarang kemungkinan bahawa pemanduan mangsa yang tidak cermat
5. Kemalangan yang tidak dapat dielakkan (contoh kita keluar simpang secara perlahan untuk menoleh ke hadapan sikit sebab nak tengok kiri-kanan) (kita terkena lopak air pastu kereta tersusur ke arah yang bertentangan)
dan lain-lain
- Peguam Jenayah Melaka
Comments
Post a Comment