BICARA MAHKAMAH - APA ITU ?? - PEGUAM JENAYAH MELAKA
Adalah Tugas mereka untuk kata contohnya bahawa kita SALAH, kita CURANG mempunyai duit scammer dalam akaun, kita ada PENGETAHUAN memiliki dadah, dan sebagaimanya...
Dengan itu, mereka akan membawa saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada sesiapa yang ada berkenaan dengan kes contohnya Pegawai Penyiasat, Jurugambar Polis, Pengadu/Mangsa, Forensik, Juru Kimia, Pegawai Tangkapan dan sebagainya...
Melalui saksi-saksi ini, Pihak Pendakwaan akan bertanya soalan-soalan kepada mereka, dan jawapan mereka ada "Design" untuk menyatakan kami SALAH... yang kami TERLIBAT...
SEBALIKNYA, kerja kita adalah untuk bertanya soalan-soalan yang "Design" mendapatkan Jawapan yang MEMIHAK KEPADA KITA
Contoh - Pihak Pendakwaan dakwa kita ada hisap dadah, kencing dalam botol urin positif dadah, kita pun tanya soalan-soalan kepada pihak saksi-saksi, memang bungkus kes misal kata contohnya jawapan Pegawai Penyiasat kata kita kencing kat dalam botol pukul 10 malam, apabila soalan yang sama tanya kepada Pegawai Tangkapan kata kencing pada pukul 11 malam, MAKSUDNYA MACAM MANA KAU BOLEH MENYATAKAN BAHAWA KAMI HISAP DADAH, KENCING POSITIF APABILA MASA AIR KENCING DIAMBIL PUN SEORANG CAKAP LAIN DAN LAIN CAKAP LAIN ???
Contoh - Pihak Pendakwaan dakwa kita curi motosikal, tak ada bukti-bukti lain, hanya bergantung kepada pengakuan kami kepada Pihak Polis seawal siasatan...Itu je bukti diaorang ada...Soalan kita tanya Pegawai Penyiasat, bila pengakuan didapat oleh saspek ? Jawapan dia adalah hari yang sama dengan tangkapan dan pengakuan diberi kepada pegawai penyiasat sahaja... Bila tanya Pegawai Tangkapan pastu dia kata saspek duduk satu malam di lokap dulu, dan pagi seterusnya baru bagi pengakuan kepada Pegawai Tangkapan... MAKSUDNYA MACAM MANA KORANG BOLEH DAPAT PENGAKUAN APABILA KITA PUN KELIRU SIAPA YANG DAPATKAN PENGAKUAN TU ???
Comments
Post a Comment