KELDAI AKAUN - SEKSYEN 424 , SEKSYEN 424C KANUN KESEKSAAN - PEGUAM JENAYAH MELAKA

 

KES KELDAI AKAUN BOLEH MENANG KE ? 

Sesetengah Kes Keldai Akaun akan dituduh di bawah Seksyen 424, dan ada punya di Bawah Seksyen 424C Kanun Keseksaan. 

Kenapa tak tuduh semua kes keldai akaun di bawah satu Seksyen sahaja contohnya semua tuduh di bawah Seksyen 424 ? - Jawapanya adalah mudah, kuasa memilih pertuduhan adalah di bawah bidangkuasa dan kuasa Pendakwa Raya (Peguam Government Yang Dakwa Kita). Sama je, kita ada "budibicara", kita ada undi dua orang, Parlimen kita boleh undi Dacing Biru, ADUN kita boleh pula undi Bulan Hijau...

Panjang Cerita Dipendekkan, Seksyen 424 ini sangat luas, pelbagai-pelbagai kes boleh dituduh dibawah Seksyen 424... Definisi Seskyen 424 adalah "mengalih ataupun menyembunyikan barang dengan curangnya ataupun secara tipuan". Keldai Akaun ada duit scammer dalam akaun = Barang diperolehi "Curang", saya jual rokok John dan Gudang Garam, tak ada bayar Kastam, Barang Curang juga...

PALING PENTING maksudnya Pendakwaan kena mendakwa kita secara seratus peratus bahawa kita CURANG...Kita ada PENGETAHUAN bahawa duit dalam akaun kami adalah diperolehi secara curang (melalui Scam)... 

Macam mana Pendakwa Raya boleh kata kita CURANG apabila.... 

1. Kita buka akaun sahaja, akaun di pegangan orang lain, online phone banking boleh bukak ke ???(hanya pihak ketiga boleh bukak)...

2.  Ada bukti ke kita keluarkan duit daripada ATM ataupun bank ? (konfem takde!!!)

3. Kad bank di tangan siapa ? (haha)

Dengan WUJUDNYA FAKTOR-FAKTOR INI, MEMANG WENANG SENANG MENANG !!!


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Surat Representasi ? - Peguam Jenayah Melaka

Mengaku Salah Sebab Terasa Terlalu Takut Nak Mengaku Tidak Bersalah ??? - Peguam Jenayah Melaka

BICARA MAHKAMAH - APA ITU ?? - PEGUAM JENAYAH MELAKA