Mengaku Salah Sebab Terasa Terlalu Takut Nak Mengaku Tidak Bersalah ???
"Kaki aku pun goyang", "Lidah aku macam beku tadi", "Kecut t*lur aku"... inilah yang selalu saya dapat dengar daripada tertuduh-tertuduh apabila kertas pertuduhan dibacakan kepada mereka.
Lebih menyukarkan adalah apabila seseorang itu tidak tahu sama-ada nak mengaku ataupun tidak.. rasa penuh dengan kebimbangan memang ada di sana..
Ada punya nak mengaku salah tapi takut duduk penjara lama-lama, ada punya tak nak mengaku salah tapi takut nak hadap mahkamah sebab kekurangan bukti dan saksi...
Sebelum anak-anak guam saya sendiri menghadap pertuduhan untuk dibacakan kepada dia, saya selalu akan mengingatkan mereka..
"Kalau kamu nak mengaku salah, bukan mengaku sebab kau rasa kau tak ada bukti untuk kata kau betul ke tak"
"Sebenarnya kalau kau nak mengaku salah, kau kena mengaku kepada bukti-bukti pendakwa-raya dan polis terhadap kau"
"Bayangkan sahaja, kalau kau tidak mengaku salah, pihak pendakwaan MESTILAH membuktikan 100% bahawa tak ada siapa melainkan kau lah yang buat salah"
"Macam mana kita boleh tahu mereka boleh membuktikan 100% apabila kita awal-awal lagi dah mengaku, apabila bukti-bukti dokumen diaorang pun kita tak ada peluang nak baca lagi ??"
"Pilihan adalah di tangan kau....tepuk dada dan tanya kau sendiri"
Comments
Post a Comment