Posts

RESEPI UNTUK MENANG KES - PEGUAM JENAYAH MELAKA

Image
  Seperti Biasa, selalunya, apabila dihadapkan kepada Mahkamah, pihak mereka akan memberi dua pilihan sahaja, Mengaku ataupun Tidak Mengaku Salah... Boleh dikatakan banyak juga yang ingin tidak mengaku salah, tapi terpaksa mengaku salah,, disebabkan mindset yang takut bahawa kalau tidak mengaku salah, macam mana nak menang ? Sekilas pandang contoh - Seksyen 12 Akta Dadah ataupun 39A1, 39A2, 39B... Pemikiran mesti ragu-ragu, mesti terpikir kalau polis nak dakwa kata saya ada barang salah, pastu takkan saya kata saya tak ada barang... mesti polis yang menang, sebab diaorang banyak orang, banyak barang bukti... saya pula mana ada saksi.. mengaku jelah SALAH TU... Memang betul polis akan bawa saksi-saksi dia untuk bicara mahkamah, kesemua mereka nak kata kau salah... kau yang memiliki dadah atau barang salah... Bagi saya, lagi bagus macam itu, lagi banyak saksi mereka, peratusan mereka untuk nak ceritakan hari kejadian lagi lah banyak bercanggah, lagi banyak bercanggah, lagi senang lah...

BICARA MAHKAMAH - APA ITU ?? - PEGUAM JENAYAH MELAKA

Image
  Tugas Pihak Pendakwaan (Peguam Government yang mendakwa kita) adalah untuk membuktikan kami SERATUS PERATUS SALAH sepertimana pertuduhan,,, Adalah Tugas mereka untuk kata contohnya bahawa kita SALAH, kita CURANG mempunyai duit scammer dalam akaun, kita ada PENGETAHUAN memiliki dadah, dan sebagaimanya... Dengan itu, mereka akan membawa saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada sesiapa yang ada berkenaan dengan kes contohnya Pegawai Penyiasat, Jurugambar Polis, Pengadu/Mangsa, Forensik, Juru Kimia, Pegawai Tangkapan dan sebagainya... Melalui saksi-saksi ini, Pihak Pendakwaan akan bertanya soalan-soalan kepada mereka, dan jawapan mereka ada "Design" untuk menyatakan kami SALAH... yang kami TERLIBAT... SEBALIKNYA, kerja kita adalah untuk bertanya soalan-soalan yang "Design" mendapatkan Jawapan yang MEMIHAK KEPADA KITA Contoh - Pihak Pendakwaan dakwa kita ada hisap dadah, kencing dalam botol urin positif dadah, kita pun tanya soalan-soalan kepada pihak saksi-saksi, ...

KELDAI AKAUN - SEKSYEN 424 , SEKSYEN 424C KANUN KESEKSAAN - PEGUAM JENAYAH MELAKA

Image
  KES KELDAI AKAUN BOLEH MENANG KE ?  Sesetengah Kes Keldai Akaun akan dituduh di bawah Seksyen 424, dan ada punya di Bawah Seksyen 424C Kanun Keseksaan.  Kenapa tak tuduh semua kes keldai akaun di bawah satu Seksyen sahaja contohnya semua tuduh di bawah Seksyen 424 ? - Jawapanya adalah mudah, kuasa memilih pertuduhan adalah di bawah bidangkuasa dan kuasa Pendakwa Raya (Peguam Government Yang Dakwa Kita). Sama je, kita ada "budibicara", kita ada undi dua orang, Parlimen kita boleh undi Dacing Biru, ADUN kita boleh pula undi Bulan Hijau... Panjang Cerita Dipendekkan, Seksyen 424 ini sangat luas, pelbagai-pelbagai kes boleh dituduh dibawah Seksyen 424... Definisi Seskyen 424 adalah "mengalih ataupun menyembunyikan barang dengan curangnya ataupun secara tipuan". Keldai Akaun ada duit scammer dalam akaun = Barang diperolehi "Curang", saya jual rokok John dan Gudang Garam, tak ada bayar Kastam, Barang Curang juga... PALING PENTING maksudnya Pendakwaan kena me...

Apa itu Surat Representasi ? - Peguam Jenayah Melaka

Image
  Fakta ataupun Auta ? "Jika kau tak mengaku salah, kau kena jalan bicara berbulan-bulan"...  Ini adalah salah satu auta dan salah faham terhadap kes seseorang jika dia tidak mengaku salah. Sesuatu Kes Jenayah boleh tamat melalui dua(2) cara, iaitu melalui perbicaraan penuh dan juga melalui perguguran kes oleh pendakwaraya.  Kes jenayah boleh digugurkan oleh Pihak Pendakwaraya memandangkan ia adalah satu hak kuasanya dan budibicaranya. Sebelum Pihak Pendakwaraya boleh berbuat demikian dan mempertimbangkan perihal kes adalah apabila peguambela bagi OKT menulis Surat Representasi (Ataupun dikenali sebagai Surat Rep) kepada pejabat pendakwaraya tersebut.  Kebiasaanya, Peguambela akan meneliti segala kandungan dokumen-dokumen kes yang telah diserahkan oleh pejabat pendakwaraya. Harus diingatkan bahawa, dokumen-dokumen yang disebut tadi adalah dokumen-dokumen yang akan disandarkan oleh Pendakwa Raya untuk membuktikan kes mereka.  Kendatipun begitu, pelbagai kelemahan...

Mengaku Salah Sebab Terasa Terlalu Takut Nak Mengaku Tidak Bersalah ??? - Peguam Jenayah Melaka

Image
  "Kaki aku pun goyang", "Lidah aku macam beku tadi", "Kecut t*lur aku"... inilah yang selalu saya dapat dengar daripada tertuduh-tertuduh apabila kertas pertuduhan dibacakan kepada mereka. Lebih menyukarkan adalah apabila seseorang itu tidak tahu sama-ada nak mengaku ataupun tidak.. rasa penuh dengan kebimbangan memang ada di sana.. Ada punya nak mengaku salah tapi takut duduk penjara lama-lama, ada punya tak nak mengaku salah tapi takut nak hadap mahkamah sebab kekurangan bukti dan saksi...  Sebelum anak-anak guam saya sendiri menghadap pertuduhan untuk dibacakan kepada dia, saya selalu akan mengingatkan mereka.. "Kalau kamu nak mengaku salah, bukan mengaku sebab kau rasa kau tak ada bukti untuk kata kau betul ke tak"   "Sebenarnya kalau kau nak mengaku salah, kau kena mengaku kepada bukti-bukti pendakwa-raya dan polis terhadap kau"  "Bayangkan sahaja, kalau kau tidak mengaku salah, pihak pendakwaan MESTILAH membuktikan 100% bah...