Apa itu Surat Representasi ?

Fakta ataupun Auta ? "Jika kau tak mengaku salah, kau kena jalan bicara berbulan-bulan"... Ini adalah salah satu auta dan salah faham terhadap kes seseorang jika dia tidak mengaku salah. Sesuatu Kes Jenayah boleh tamat melalui dua(2) cara, iaitu melalui perbicaraan penuh dan juga melalui perguguran kes oleh pendakwaraya. Kes jenayah boleh digugurkan oleh Pihak Pendakwaraya memandangkan ia adalah satu hak kuasanya dan budibicaranya. Sebelum Pihak Pendakwaraya boleh berbuat demikian dan mempertimbangkan perihal kes adalah apabila peguambela bagi OKT menulis Surat Representasi (Ataupun dikenali sebagai Surat Rep) kepada pejabat pendakwaraya tersebut. Kebiasaanya, Peguambela akan meneliti segala kandungan dokumen-dokumen kes yang telah diserahkan oleh pejabat pendakwaraya. Harus diingatkan bahawa, dokumen-dokumen yang disebut tadi adalah dokumen-dokumen yang akan disandarkan oleh Pendakwa Raya untuk membuktikan kes mereka. Kendatipun begitu, pelbagai kelemahan...